LONDON: Rio Ferdinand mengecam Manchester United kerana menjual Scott McTominay menjelang perpindahan pemain tengah bernilai £26 juta (RM149.4 juta) itu ke Napoli.
McTominay hampir meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya selepas United bersetuju dengan bayaran untuk pemain tengah itu kerana mereka ingin membawa masuk Manuel Ugarte dari Paris Saint Germain (PSG).
Pemain berusia 27 tahun itu menghabiskan seluruh karier setakat ini di Old Trafford, selepas terbabit dengan sistem akademi United pada usia lima tahun, dan adalah sebahagian daripada kumpulan pemain tulen United.
Mail Sport difahamkan Napoli akan membayar yuran perpindahan sekitar RM149.4 juta untuk McTominay, yang tampil sebagai pemain gantian dalam semua perlawanan United setakat musim ini, dengan terbaru ketika tewas 1-2 di tangan Brighton.
Tetapi langkah itu dikritik oleh legenda United, Ferdinand, yang berkata perpindahan itu ‘tidak sesuai’.
Bercakap dalam rancangan Rio Presents, Ferdinand berkata: “Apabila saya melihat kepada Scott McTominay, saya akui tidak semua pemain boleh menjadi pemain bintang.
“Saya sering katakan untuk memenangi liga anda memerlukan pemain seperti John O’Shea, Wes Brown, Darren Fletcher, Chicharito, Ole Gunnar Solskjaer.
“Atau anda memerlukan pemain seperti Alvarez ketika dia di City, seperti musim lalu, Jeremy Doku yang memberi kesan kepada permainan City walaupun tidak semestinya sentiasa berada dalam kesebelasan utama.
“Pemain-pemain itu sangat bagus. Anda memerlukan pemain-pemain itu dan mereka memahami DNA kelab terutamanya mereka yang datang melalui akademi dan Man United sentiasa berpegang kepada itu.
“Saya benar-benar tidak setuju. Untuk menggantikannya, anda perlu berbelanja, 30, 40 atau £50 juta dan ia bukan lebih murah untuk menggantikannya.
IMedikel TV