ZILA BAKARIN KALI PERTAMA BOLOS TOP 20

ZILA BAKARIN KALI PERTAMA BOLOS TOP 20

KUALA LUMPUR: “Rasa seperti pengsan hidup balik, pengsan hidup balik.”

Itu reaksi pelakon Zila Bakarin ketika diberitahu namanya tersenarai dalam pencalonan Top 20 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36 seperti diumumkan, baru-baru ini.

Terharu dengan penghargaan diberikan, Zila atau nama sebenarnya, Rosmawati Bakarin, 48, berkata pencalonan itu menunjukkan kehadirannya dalam industri seni sejak hampir tiga dekad lalu disedari.

“Masa mula-mula saya menceburi bidang lakonan, tak pernah pun nama saya tersenarai dalam Top 20, Top 10 atau Top 3 dalam mana-mana acara anugerah.

“Saya sering membawakan watak antagonis tetapi untuk julang trofi menerusi watak hitam memang sukar.

“Justeru, bila dapat tahu nama saya dicalonkan dalam senarai Top 20, saya sangat bersyukur.

“Sekurang-kurangnya ada juga yang kenal dan sedar kewujudan saya dalam industri,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan imej seksi itu meluahkan rasa teruja apabila ramai pelakon seangkatan turut tersenarai dalam edisi ABPBH kali ini.

“Bila melihat ada artis senior tersenarai dalam pencalonan awal, saya jadi seronok dan terharu kerana golongan ini tidak dilupakan. Kami masih aktif dan memerlukan bidang seni kerana ia adalah punca pendapatan kami.

“Pencalonan ini membuatkan saya berasakan yang kami juga sebahagian daripada industri.

“Tak pernah fikir soal kemenangan kerana apa yang penting, dapat bersama memeriahkan acara ini,” ungkapnya.

Ditanya adakah akan berkempen supaya undian berpihak kepadanya, Zila mengakui agak keberatan untuk berbuat demikian.

“Tak naklah saya (ketawa). Kalau rasa nak undi, undilah. Kalau tak nak tidak mengapa.

“Tapi bukanlah bermakna saya tak sokong. Cuma, saya sokong dengan cara tersendiri,” kongsi Zila.

Zila tercalon dalam kategori Aktres Pembantu Filem Popular menerusi filem Syaitan Munafik.

Menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, ABPBH 36 mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia. – BH Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *