WEI CHONG-KAI WUN AZAM PERBAIKI PRESTASI

WEI CHONG-KAI WUN AZAM PERBAIKI PRESTASI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun berharap dapat menampilkan prestasi lebih konsisten dalam setiap kejohanan yang mereka sertai selepas ini.

Bagi Wei Chong, dia dan pasangannya akan berusaha mendapatkan rentak terbaik dan menjadi beregu terbaik di dunia sekali gus mampu memberi saingan lebih sengit kepada lawan yang lain.

“Kami harap paling utama adalah prestasi semasa kami. Sebab itu ia sangat penting kerana kami perlu mengekalkan prestasi itu. Kami tak fikir sangat mengenai keputusan.

“Tahun ini kami bermain tidak berapa bagus dan hanya di Terbuka Indonesia berjaya masuk ke final. Selepas itu, banyak kejohanan lain kami tewas awal. Jadi kami kena fokus dari segi mental dan jiwa untuk kembali bersaing,” katanya.

Selain itu, dia juga berpendapat ketiadaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan memberi ruang kepada pemain lain untuk tampil bersaing di tahap tertinggi dan menjadi beregu terbaik bagi mewakili Malaysia.

“Untuk saya ini adalah bagus bagi beregu lelaki sebab semuanya akan bersaing sekali dan kami dapat tingkatkan lagi prestasi semasa. Jadi ia tidak terlalu tertekan sangat tapi lebih kepada motivasi,” katanya.

Mereka yang kini berada di ranking ke-17 dunia akan menyertai Terbuka Hong Kong yang akan membukai tirai 10 September ini dan menghadapi wakil China, Chen Xu Jun-Liu Yi di pusingan pertama.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Wei Chong-Kai Wun adalah di Super 1000 Terbuka Indonesia apabila berjaya ke final sebelum tewas kepada beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang. – HMetro Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *