Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Jus oren sering menjadi pilihan utama orang ramai.
Dengan rasa campurannya yang manis dan masam serta tekstur isi buahnya yang lembut, membuatkan rasa dahaga terisi dengan mudah.
Terdapat beberapa khasiat buah oren yang memberi manfaat kepada orang ramai:
- Merangsang sistem imum: vitamin ini menawarkan banyak manfaat termasuk merangsang sistem imun dengan membantu sel-sel imun bekerja dengan lebih berkesan.
- Air oren bersifat anti radang: antioksidan menghalang kesan radikal bebas ke atas badan dan membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
- Membantu mengawal tekanan darah: pigmen utama dalam jus oren adalah hesperidin yang boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.
- Membantu mengawal kadar kolesterol: vitamin C, asid folik dan pigmen di dalam jus oren membantu untuk mengurangkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat.
Akhir sekali, khasiat jus oren yang terakhir dalam senarai ini adalah ianya mempunyai manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit.
Vitamin C di dalam jus oren boleh memberikan kulit yang sihat dan muda dengan merangsang pembentukan kolagen.
Ia juga membantu menghalang dari kesan buruk sinaran UV matahari.
IMedikel TV