TONJOL SEMANGAT PATRIOTIK DENGAN FESYEN KEMERDEKAAN

TONJOL SEMANGAT PATRIOTIK DENGAN FESYEN KEMERDEKAAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: “Azzahra memang suka berhias, jadi dia tidak kisah kalau ibunya ini ingin memperagakan fesyen merdeka kepadanya,” itu kata Nik Noratikah Nik Him, 29.

Sempena Bulan Kebangsaan, Nik Noratikah menzahirkan semangat patriotik menerusi anaknya melalui fesyen dengan memperagakan busana kemerdekaan.

“Persiapan saya untuk busana ini memang agak terlambat dan baju yang dipakai itu hanya dibeli di kedai, tapi saya cipta kelainan dengan memaikainya mahkota kecil di atas kepala supaya nampak lebih menarik.

“Sesesetengah orang lain, mungkin suka akan pakaian seperti “dress” tapi saya rasa itu sudah menjadi kebiasaan orang ramai, jadi saya memilih busana kebaya untuknya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jiwa Komuniti MADANI @Hari Malaysia peringkat DUN daerah Bachok.

Katanya, Azzahra telah memenangi tempat pertama dalam acara tersebut.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *