HUJAN RAHMAT BUAT MARQUEZ

HUJAN RAHMAT BUAT MARQUEZ

Misano Adriatico, Itali: Marc Marquez mengakui hujan membantu kemenangannya di MotoGP San Marino semalam selain membolehkan Francesco Bagnaia mengurangkan jurang mata kejuaraan milik Jorge Martin.

Selepas tiga tahun tanpa kemenangan Grand Prix (GP), Marquez menang dua kali berturut-turut dalam tempoh dua minggu apabila dia yang bermula di petak kesembilan menamatkan perlumbaan tiga saat di depan pelumba petak pertama Bagnaia manakala Enea Bastianini menduduki tangga ketiga.

Kemenangan itu juga bermakna juara dunia enam kali itu kini ketinggalan 53 mata di belakang Martin yang silap melakukan percaturan.

Ketika berbaki 20 pusingan terakhir, Martin memasuki pit untuk menukar jentera ketika hujan mula membasahi Litar ‘Marco Simoncelli’ dan dia satu-satunya pelumba berbuat demikian sekali gus terkeluar daripada kelompok 15 terbaik.

“Ketika hujan mula turun, saya ambil keputusan ‘menyerang’ atau mengambil risiko. Dalam satu pusingan saya pintas sehingga lima pelumba dan dapat mengetuai perlumbaan,” kata Marquez kepada wartawan.

Marquez menambah dia membuat keputusan mengikut pelumba tuan rumah Bagnaia dengan tidak menukar tayar.

“Dia tak masuk ke pit, jadi dia lebih tahu daripada saya,” kata Marquez.

Martin pula mengakui dia membuat kesilapan besar apabila masuk ke pit ketika berbaki 20 pusingan untuk menukar jenteranya bagi menyesuaikan dengan litar basah dan hanya mendapat satu mata selepas tamat perlumbaan semalam. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *