PGA RAMPAS MINYAK PETROL

PGA RAMPAS MINYAK PETROL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PENGKALAN KUBOR: Batalion (BN) 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak petrol ke negara Thailand, di sini, pada Ahad.

Menurut kenyataan Bridged Tenggara PGA, penahanan dan rampasan itu dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA dalam Op Taring WAWASAN.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati kira-kira 400 liter minyak petrol ditemui di dalam kereta dan tangki kereta tersebut yang telah diubah suai.

Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 12,871.00 dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kenyataan itu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *