Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Ibu bapa yang baru menimang cahaya mata sudah tentu melalui detik mencemaskan apabila melihat bayi mereka terjeluak atau mengeluarkan semula susu yang diminum seakan muntah.
Bagi mereka yang cepat panik, mungkin akan menyangka bayinya terdedah kepada bahaya atau tidak selesa.
Namun, penting bagi ibu bapa untuk tahu bahawa jeluak dan muntah adalah dua perkara yang berbeza malah jeluak mempunyai kebaikan dan fungsinya yang tersendiri.
Sekiranya, bayi itu jeluak, dia masih berada dalam keadaan selesa berbanding muntah kerana ia seakan keluar dengan paksaan.
Sekiranya bayi itu diberi susu ibu, jeluak yang keluar daripada mulutnya adalah susu yang kaya dengan “Human Milk Oligosaccharides” (HMO).
HMO berfungsi sebagai “anti adhesive antimicrobial” yang mana ia menghalang kuman menjangkiti saluran pemakanan kerana dibasahi dengan susu ibu yang terkeluar.
Namun terdapat juga jeluak tidak normal yang ibu bapa perlu ketahuinya.
JELUAK TIDAK NORMAL
1. Muntah yang memancut keluar
2. Cecair yang keluar berwarna hijau
3. Ada darah dalam jeluak atau muntah.
4. Darah dalam najis
5. Perut kembung, keras dan sakit apabila ditekan.
6. Anak mula jeluak selepas usia enam bulan, atau jeluak berterusan selepas usia satu tahun.
IMedikel TV