PENCINTA KUCING BERISIKO ALAMI JANGKITAN KURAP

PENCINTA KUCING BERISIKO ALAMI JANGKITAN KURAP

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Kurap adalah sejenis kulat yang berjangkit pada kuku, rambut, kulit manusia termasuk semua spesies haiwan.

Kebiasaannya, haiwan seperti kucing kerap dijangkiti kurap apabila bersentuhan dengan kucing lain atau berada dalam persekitaran pembiakan kurap.

Lama-kelamaan tempat jangkitan itu akan mengeras dan menyusahkan pergerakan kucing sekaligus menyebabkan kegatalan.

Kesannya, kucing kerap menggaru dan menggigit badannya sehingga menimbulkan luka pada kulit.

Pada masa yang sama, ia mempunyai potensi untuk berjangkit kepada pemilik kucing tersebut disebabkan selalu bersentuhan secara langsung.

Tahukah anda, kulat boleh berada pada sikat, berus, mangkuk makanan, perabot, tempat tidur, permaidani atau permukaan persekitaran lain secara tidak aktif sehingga mencecah tempoh 18 bulan.

Bagi mengatasi masalah jangkitan kurap terhadap pemilik kucing, mereka perlu mengetahui cara untuk mencegah penularan kurap pada kucing peliharaannya.

Berikut adalah langkah yang boleh diambil oleh pencinta kucing bagi mengelakkan jangkitan kurap pada haiwan itu sekaligus berisiko berjangkit pada dirinya sendiri:

1. Kebersihan persekitaran: pastikan rumah dan tempat tidur kucing sentiasa bersih. Cuci tempat tidur kucing secara berkala untuk mengurangkan penyebaran kulat.

2. Jauhkan dari kucing yang terinfeksi: sekiranya anda mempunyai lebih dari satu kucing, pisahkan kucing yang dijangkiti kulat dari kucing lain untuk mengelakkan penyebaran.

3. Periksa kesihatan kucing secara berkala: bawa kucing ke doktor haiwan secara berkala untuk pemeriksaan kesihatan.

4. Mandikan kucing secara teratur: gunakan syampu khas anti-kulat jika kucing cenderung mendapat jangkitan.

5. Pastikan pengudaraan yang baik: Rumah yang mempunyai pengudaraan yang baik mengurangkan kelembapan, yang merupakan persekitaran ideal bagi kulat untuk membiak.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *