LONDON: Nico Rosberg berkata Lando Norris perlu mengurangkan kesilapan jika dia mahu memenangi kejuaraan dunia Formula Sartu (F1).
Norris meraih kemenangan dominan di Grand Prix (GP) Singapura, mengurangkan jurang dengan Max Verstappen dalam perebutan kejuaraan.
Kini, jurang antara mereka berdua adalah 52 mata dengan berbaki enam perlumbaan yang menawarkan 180 mata,
Meskipun muncul juara di Singapura, Norris terselamat daripada dua perlanggaran dengan dinding penghadang.
Juara dunia 2016, Rosberg, menyifatkan kesilapan itu sebagai ‘sangat pelik’ dan menegaskan pemandu McLaren itu mesti mengurangkan kecuaian seperti itu jika dia mahu menewaskan Verstappen untuk meraih gelaran juara dunia.
“Saya rasa apabila semua orang berkata, ‘Lando, tujuh kali anda bermula di petak pertama, dan tujuh kali anda kehilangan kedudukan pada pusingan pertama, apa yang anda lakukan dan adakah anda risau akan mengulanginya selepas ini?’,” kata Rosberg kepada podcast Sky Sports F1.
“Itu menyebabkan tekanan yang hebat kerana anda mula tertanya-tanya, ‘Adakah saya tidak mampu membuat permulaan yang baik, dan adakah saya akan mengulangi kesilapan lagi’.
“Yang pelik adalah kesilapan yang dia lakukan semasa perlumbaan. Ia agak mengelirukan saya kerana dia melanggar dinding dua kali.
“Kedua-duanya adalah detik yang hampir menyebabkan perlumbaannya berakhir, di mana dia sangat bernasib baik tidak mengalami kegagalan teknikal,” katanya. – AGENSI, HMetro Online –
IMedikel TV