Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Klef atau sumbing mencetuskan stigma negatif dalam kalangan masyarakat sehingga menyebabkan ibu bapa malu dengan penampilan anak mereka.
Tahukah anda sumbing yang terjadi pada bibir dan lelangit adalah keadaan di mana berlaku rekahan pada bibir atas dan garis tengah lelangit.
Selain dari penampilan, sumbing juga memberi impak kepada penyusuan bayi, pertuturan, pergigian dan pendengaran.
Umumnya, sumbing ini berlaku pada perkembangan janin bayi seawal tiga bulan di dalam kandungan.
Antara sebab-sebab tertentu yang menjadi punca berlakunya sumbing terhadap bayi tersebut adalah:
- Keturunan
- Salah dalam pengambilan ubat yang diambil oleh organisma hidup semasa mengandung
- Keadaan sifat baka
Komplikas sumbing bibir dan lelangit.
- Bayi tidak menyusu secukupnya kerana pembentukan mulut yang tidak sempurna: ini kerana bayi lebih banyak menelan udara dan susu lebih banyak masuk melalui hidung atau telinga.
- Perkembangan pertuturan: apabila bayi itu semakin membesar, dia akan mengalami pertuturan yang kurang fasih kerana masalah itu menghalang perkembangan pertuturan.
- Pertumbuhan gigi: mereka juga berisiko untuk mengalami pertumbuhan gigi yang tidak normal dan tidak tersusun.
- Kesan psikologi: kurang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai kerana mengalami masalah pertuturan, pendengaran, perkembangan dan sebagainya.
Ramai ibu bapa yang beranggapan ianya adalah satu kecacatan hakiki dan tidak boleh dirawat.
Namun, sebenarnya sumbing ini boleh dirawat melalui pembedahan pada bibir pada usia tiga bulan manakala pada lelangit kebiasaannya dilakukan pada usia enam bulan hingga satu tahun.
Selain itu, bayi atau kanak-kanak yang mengalami keadaan ini memerlukan sokongan dan motivasi yang tinggi daripada ibu bapa untuk menjamin kejayaan rawatan kerana ianya memerlukan masa yang agak lama.
IMedikel TV