RM4.5 JUTA BAGI PENYENGGARAAN JALAN DI BATU PAHAT

RM4.5 JUTA BAGI PENYENGGARAAN JALAN DI BATU PAHAT

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

JOHOR: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM4.5 juta bagi kerja penyenggaraan jalan dan kerja berkala pavemen.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kerja-kerja tersebut sudah bermula dan dijangka siap pada November tahun ini.

“Kerja yang sedang dilaksanakan termasuk menaik taraf permukaan jalan FT50 yang merupakan jalan dua hala empat lorong dan skop kerja melibatkan kerja mill and pave, pembinaan semula serta membuat garisan jalan.

“Saya berharap pasukan pemantau dan syarikat konsesi penyenggaraan dapat melaksanakan kerja yang diluluskan berdasarkan jumlah siling kelulusan dan mutu yang ditetapkan dari segi kualiti, kos dan masa demi manfaat untuk 175,000 pengguna yang menggunakan jalan raya itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani akan terus komited dalam membina rangkaian jalan raya selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR yang menyediakan infrastruktur selesa dan selamat secara konsisten.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *