RONALDO TUKAR GAYA RAI JARINGAN

RONALDO TUKAR GAYA RAI JARINGAN

RIYADH: Cristiano Ronaldo terus melakar kejayaan peribadi ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al-Rayyan 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Elit Asia.

Sadio Mane meletakkan Al-Nassr di depan sebelum rehat, dan Ronaldo menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-76.

Walaupun Al-Rayyan merapatkan jurang menerusi Roger Guedes di akhir permainan, Al-Nassr berjaya mempertahankan kelebihan hingga wisel penamat.

Ronaldo kini sudah meledak tujuh gol dalam lapan perlawanan untuk Al-Nassr di semua pertandingan musim ini.Namun kali ini Ronaldo mengubah cara dia meraikan jaringan. Dia hanya menunjuk ke langit berbanding melakukan lompatan ‘Siuuu’. Jaringan itu dihadiahkan kepada mendiang bapanya.

Bapanya, Jose meninggal dunia di usia 52 tahun pada tahun 2005, ketika Ronaldo berusia 20 tahun.Jaringannya ke atas Al-Rayyan itu menyaksikan Ronaldo kini lebih banyak menjaringkan gol di usia 30-an berbanding 20-an.

Ronaldo meledak 441 gol dalam 523 perlawanan di usia 30-an, berbanding 440 gol dalam 596 perlawanan ketika usia 20-an.

Bintang Portugal itu baru saja melepasi angka 900 gol sepanjang kariernya, dengan kini ia mencecah 904 gol.

Kemenangan itu turut memberikan pengendali baharu Al-Nassr, Stefano Pioli permulaan positif di Liga Juara-Juara Elit Asia. – AGENSI

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *