PASARAN KENDERAAN EV DI KELANTAN MASIH BELUM MELUAS

PASARAN KENDERAAN EV DI KELANTAN MASIH BELUM MELUAS

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pasaran kenderaan elektrik (EV) di Kelantan masih belum meluas berikutan keperluan rakyat masih cenderung terhadap kenderaan yang menggunakan minyak petrol.

Pengarah Operasi Nasrom Premium Cars, Syazwani Ab Halim berkata, sehubungan dengan itu, fasiliti bagi penyelenggaraan kenderaan elektrik juga masih belum cukup untuk permintaan kereta tersebut di negeri ini.

“Saya tengok keadaan semasa dari masa sekarang ini untuk rakyat Kelantan khususnya keperluan untuk kereta petrol masih lagi tinggi.

“Kalau ramai permintaan daripada pelanggan semua, saya boleh terus import kereta EV untuk masuk ke showroom,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media selepas Program Mini Roadshow di Al Khatiri, di sini, pada Khamis.

Selain itu katanya, pihak Nasrom akan terus komited menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggan bagi mengekalkan jenama dalam industri automotif pada masa sekarang dan akan datang.

“Kita kena bagi servis yang terbaik kepada pelanggan, mereka akan berasa selamat dengan kita selepas kita bagi apa yang pelanggan perlukan.

“Maksudnya kalau kita jual kereta jangan tengok pada berapa keuntungan yang kita akan dapat tapi pancing hati pelanggan terlebih dahulu bagi yang terbaik pada mereka supaya semua pelanggan percaya kita dan mereka tidak akan berpaling pada lain dah,” katanya.

Tambah Syazwani, setakat ini pihaknya mampu membuka sebanyak 500 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dalam bidang tersebut.

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *