MASAK DI RUMAH ATAU BELI DI KEDAI?

MASAK DI RUMAH ATAU BELI DI KEDAI?

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Memasak di rumah atau membeli di kedai? Apa pilihan yang tepat untuk anda? Ramai yang lebih memilih untuk membuat tempahan melalui aplikasi atau makan di kedai sebagai alternatif bagi mereka yang bekerja kerana tidak sempat untuk memasak.

Tetapi, bagi mereka yang mementingkan kesihatan, mereka cuba sedaya upaya untuk mengambil peluang untuk memasak di rumah walau dengan hanya satu sajian.

Memasak di rumah secara umumnya lebih baik untuk kesihatan berbanding membeli di luar. 

Antara sebab yang mendorong mereka memilih untuk memasak di rumah adalah:

1. Kawalan Bahan-Bahan: Apabila masak di rumah, kita boleh memilih bahan-bahan yang lebih segar dan sihat. Kita juga boleh mengawal penggunaan gula, garam, dan minyak yang berlebihan, yang biasanya tinggi dalam makanan di luar. Dan kebanyakan kedai menggunakan penambah rasa seperti Ajinomoto.

2. Pilihan Masakan Lebih Sihat: Di rumah, kita boleh mengelakkan kaedah masakan seperti menggoreng dengan minyak yang banyak dan memilih teknik yang lebih sihat seperti memanggang, mengukus, atau membakar.

3. Saiz Hidangan: Hidangan di rumah biasanya boleh disesuaikan dengan keperluan kita, berbanding makanan di luar yang sering disajikan dalam saiz yang besar dan kadang-kadang berlebihan.

4. Kos Lebih Rendah: Selain lebih sihat, masak di rumah biasanya lebih menjimatkan, terutamanya jika menggunakan bahan tempatan dan menguruskan perbelanjaan dengan bijak.

Walaupun kadang-kadang kita mungkin memilih untuk makan di luar kerana kesuntukan masa, menjadikan memasak di rumah sebagai amalan harian boleh memberi manfaat kesihatan jangka panjang.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *