DUA BERADIK DENGAN TAKDIR HIDUP BERBEZA

DUA BERADIK DENGAN TAKDIR HIDUP BERBEZA

Incheon: Dua beradik perempuan Korea Selatan yang terpisah sejak lahir dan masing-masing dibesarkan di dua negara lain, bertemu semula buat kali pertama, di sini, baru-baru ini.

Ia selepas mereka dapat berhubung semula susulan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ditawarkan oleh satu laman web.

Portal Independent memetik laporan media Korea Selatan The Korea Herald melaporkan, Darragh Hannan dan Jee Won Ha masing-masing menjadi anak angkat di Minnesota di Amerika Syarikat (AS) dan Belgium dan sejak itu, menghadapi perjalanan hidup yang jauh berbeza.

Hannan, anak angkat di Minnesota sejurus selepas kelahirannya pada 1986, dibesarkan dalam rumah yang penuh kasih sayang.

Ha yang dilahirkan pada 1985 pula mengalami penderaan serta ketidakstabilan, tetapi dia kini membina kehidupan yang stabil bersama keluarganya di Belgium, lapor The Korea Herald.

Pertemuan semula itu bermula melalui kiriman e-mel ringkas daripada Ha kepada yang Hannan.

Satu rakaman video oleh The Korea Herald menunjukkan mereka berlari ke arah satu sama lain dan berpelukan di Lapangan Terbang Incheon.

Ketika diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Korea, kehidupan Ha berubah secara drastik. Namun selepas ibu bapa angkatnya berpisah, dia diambil oleh keluarga Belgium pada 1987.

Keluarga itu kemudian mengambil tujuh anak Kemboja dalam keadaan yang meragukan, menggunakan dokumen yang dipalsukan.

Pada usia 14 tahun, Ha meninggalkan rumah kerana penderaan fizikal dan emosi selama bertahun-tahun, menghabiskan masa remajanya yang tinggal di rumah anak yatim, sebelum akhirnya berpindah ke apartmennya sendiri.

Dia kini sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

Menurut The Korea Herald, dua beradik itu bercadang untuk berada di Seoul untuk beberapa hari sambil mencari ibu bapa kandung mereka. – AGENSI, HMetro –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *