PENDUDUK TAMAN WIRAJAYA SIAP SIAGA HADAP BANJIR

PENDUDUK TAMAN WIRAJAYA SIAP SIAGA HADAP BANJIR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS:  Penduduk di Taman Wirajaya, Lubuk Jong, di sini, bersiap sedia menghadapi banjir sekiranya ia berlaku pada tahun ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Wirajaya, Muhammad Pauzi Zakaria, berkata kira-kira 210 keluarga di taman tersebut sudah mula mengemas barangan rumah apabila tiba musim hujan.

“Setakat ini penduduk sudah mula mengemas. Ini kerana taman ini akan dinaiki air jika hujan lebat disebabkan parit utama tidak dapat menampung jumlah air yang banyak dan mula bertakung seterunya menenggalami kediaman mereka.

“Kalau hendak dibandingkan pada tahun 2019 sebelum benteng tebatan banjir dibina, taman ini hanya dinaiki air paras lutut, tetapi selepas benteng dibina air mulai naik sehingga paras enam kaki kedalaman.

“Pada Disember 2023, penduduk berpindah sebanyak tiga kali ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),”katanya.

Menurut Muhammad Pauzi, ada penduduk mengambil inisiatif membina loteng dalam bilik tengah hanya untuk menyelamatkan barang-barang mereka.

“Kebanyakan barang penduduk hanya ala kadar selepas barang-barang mereka musnah akibat banjir sebelum ini.

“Kita juga menjalinkan hubungan baik dengan penghulu mukim dalam urusan perpindahan penduduk,”katanya.

Muhammad Pauzi yang mewakili penduduk di taman tersebut berharap agar benteng yang dibina dapat disiapkan dengan segera.

“Harapan bagi semua penduduk, agar benteng tebatan banjir dapat disiapkan secepat mungkin.

“Dalam masa yang sama kami memohon pihak berwajib agar dapat membuat laluan air sementara benteng siap sepenuhnya.

“Punca utama paras air menjadi tinggi kerana benteng yang dibina hanya menahan air dan menjadi banjir besar,”katanya.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *