BUAYA TERBESAR DALAM KURUNGAN DI DUNIA MATI PADA USIA LEBIH 110 TAHUN

BUAYA TERBESAR DALAM KURUNGAN DI DUNIA MATI PADA USIA LEBIH 110 TAHUN

SYDNEY: Seekor buaya Australia dipercayai berusia lebih dari 110 tahun dan sepanjang 5.48 meter (m), yang memegang rekod dunia sebagai buaya terbesar dalam kurungan, dilaporkan sudah mati, kata sebuah tempat perlindungan hidupan liar pada Sabtu.

Cassius, yang beratnya lebih dari satu tan, mengalami kemerosotan kesihatan sejak 15 Oktober lalu, kata Habitat Buaya Marineland Melanesia di Facebook.

“Ia sudah sangat tua dan dipercayai hidup melebihi usia buaya liar,” menurut sebuah hantaran oleh organisasi itu, yang terletak di Green Island berhampiran bandar pelancongan Queensland, Cairns.

“Cassius akan sangat dirindui, tetapi kasih sayang dan kenangan terhadapnya akan kekal dalam hati kami selamanya.”

Laman web kumpulan itu menyatakan Cassius tinggal di tempat perlindungan hidupan itu sejak 1987, selepas dipindahkan dari wilayah utara yang bersebelahan, di mana buaya adalah bahagian penting dalam industri pelancongan di kawasan berkenaan.

Cassius, seekor buaya air masin, memegang gelaran Rekod Dunia Guinness (GWR) sebagai buaya terbesar dalam kurungan di dunia.

Ia meraih gelaran itu selepas kematian buaya Lolong dari Filipina pada 2013, yang diukur sepanjang 6.17 m, menurut GWR. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *