SATU MATA TETAP BERMAKNA BUAT SKUAD BOS GAURUS

SATU MATA TETAP BERMAKNA BUAT SKUAD BOS GAURUS

KUALA LUMPUR: Keputusan seri 1-1 mementang PDRM FC di tempat lawan tetap bermakna buat skuad Perak FC dalam saingan Liga Super semalam.

Pengendali The Bos Gaurus, Yusri Che Lah berkata, skuad kendaliannya hadir ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk mendapatkan kemenangan tetapi satu mata berharga yang diperoleh tetap menggembirakan pasukan.

Bagi Yusri, bertandang ke tempat lawan bukan sesuatu yang mudah buat anak buahnya apatah lagi prestasi PDRM FC di tempat sendiri agak baik musim ini dan sukar untuk menewaskan mereka.

“Satu mata ini amat berharga selepas tiga musim saya mengendalikan pasukan Perak dan saya bolehkan kata mereka antara pasukan yang liat untuk ditewaskan. Malah jika dilihat keputusan yang sebelum ini dengan empat pasukan teratas liga, mereka masih belum tewas di gelanggang sendiri.

“Kita hadir memang untuk mendapatkan mata walaupun keinginan kita mendapatkan tiga mata tapi kita hanya mendapat satu mata tapi ia cukup semua pemain yang sudah memberikan segala-galanya dengan persembahan yang cukup baik sepanjang 90 minit,”katanya.

Berbaki tempoh lebih kurang seminggu sebelum turun menentang juara bertahan, Johor Daul Ta’zim (JDT), jurulatih muda itu akan membaiki beberapa aspek di dalam pasukan dan melihat semula prestasi semasa pemain untuk mengelak sebarang kecederaan serta berharap setiap pemain bersedia untuk perlawanan itu.

” Jika dilihat malam tadi cukup banyak kelemahan yang kita bakal temui kerana lawan kita selepas ini adalah JDT. Jadi apa pun kita perlu menilai kembali tahap keyakinan pemain terutamanya dalam kawalan bola.

“Di separuh masa pertama tadi jika dilihat, kita masih lagi tidak berada dalam permainan walaupun kita seringkali diasak sehinggakan pelawat mendapatkan jaringan barulah kita mendapat semula rentak permainan.

“Jadi untuk itu perlu saya bimbang perkara berkenaan kerana tidak boleh diteruskan terutamanya kita menentang pasukan yang lebih kuat seperti JDT. Jadi perlu menilai kembali ataupun buat persiapan yang cukup mantap selepas ini,”kata Yusri.

Terdahulu, dalam perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu di depan pada minit ke-22 menerusi jaringan Faith Friday Obilor sebelum ketua pasukan Perak, Luciano Guaycochea menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-67 dan kedudukan itu kekal hingga wisel penamat. – HMetro Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *