Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV
TUMPAT: Dua rumah separuh kekal di Pantai Genting, Tumpat musnah dalam kebakaran pada 6 petang, pada Sabtu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor Mohd Zariman Abd Rahman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 6.10 petang.
“Sebaik sahaja menerima panggilan daripada sistem MERS 999, terdapat kebakaran melibatkan dua rumah separuh kekal iaitu rumah pertama mengalami 80 peratus kemusnahan, manakala rumah kedua pula 80 peratus telah terbakar.
“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dilaporkan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Sabtu.
Katanya, pemadaman melibatkan 20 anggota dari BBP Pengkalan Kubor, BBP Tumpat dan BBP Wakaf Bharu.
IMedikel TV