REAL MADRID LELONG ALMARI LEGENDA KELAB

REAL MADRID LELONG ALMARI LEGENDA KELAB

MADRID: Real Madrid melelong beberapa artifak berharga daripada sejarah kelab selepas selesai pengubahsuaian Santiago Bernabeu.

Antara barangan dilelong adalah almari-almari dari bilik persalinan yang menjadi tarikan utama pembida-pembida.

Kabinet bilik persalinan yang pernah menjadi milik pemain-pemain legenda seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Zinedine Zidane, Sergio Ramos, David Beckham dan Luis Figo antara koleksi 24 almari yang dilelong.

Almari-almari berkenaan akan dilelong selama dua minggu dengan bidaan bermula pada 12 November dan harga bagi setiap almari diletakkan pada 10,000 pound (RM56,613).

Madrid memutuskan untuk melelong sebahagian daripada barangan bersejarah kelab selepas melengkapkan pengubahsuaian stadium bernilai 500 juta pound (RM2.83 bilion) pada September tahun lalu.

Barangan berkenaan akan dipamerkan di Sotheby’s London Galleries sepanjang tempoh lelongan dengan penjualan itu akan mencatat sejarah sebagai almari pertama daripada pasukan kejuaraan Eropah yang dilelong.

Almari yang pernah menjadi milik Ronaldo, Zidane dan Beckham dijangka mencatat harga tertinggi berdasarkan reputasi bintang-bintang berkenaan di peringkat global.

Turut dilelong adalah mozek stadium Madrid itu yang berukuran tiga meter lebar dan pintu besi Santiago Bernabeu. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *