PGA TUMPAS KEGIATAN SELUDUP MINYAK PETROL

PGA TUMPAS KEGIATAN SELUDUP MINYAK PETROL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PENGKALAN KUBOR: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak petrol yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran dikesan di Kampung Serekong Pengkalan Kubor, di sini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 8 PGA pada jam lebih kurang 5.30 petang apabila menahan sebuah kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dalam Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 1 unit tangki minyak yang sudah diubah suai bernilai RM5,000 dan lebih 40 liter minyak petrol ditemui dalam kereta tersebut.

“Minyak petrol ini dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. Selain itu, sebanyak 9 biji pil Yaba bernilai RM135 dan wang tunai berjumlah RM1,023 turut dijumpai di badan suspek. Anggaran nilai rampasan kenderaan bernilai RM8,000 manakala minyak petrol bernilai RM82 ,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya suspek berumur 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya.

“Suspek dan hasil rampasan dibawa ke Bahagian Narkotik IPD Tumpat dan KPDN Kelantan untuk tindakan selanjutnya.”katanya.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *