KELANTAN SAMBUT BAIK PELABUR TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

KELANTAN SAMBUT BAIK PELABUR TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kelantan menyambut baik penyertaan pelabur tempatan dan antarabangsa bagi menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan yang kompetif.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata setiap kerajaan memerlukan dana untuk mentadbir dan meningkatkan ekonomi yang lebih baik bagi menuju kemajuan.

“Pelaburan yang dijalankan tentu sekali bagi mengembangkan pertumbuhan ekonomi untuk digunakan bagi kemakmuran negeri sekaligus impak kesejahteraan dapat dirasai rakyat.

”Saya berpandangan penganjuran INFEX 2024 ini, sekiranya peluang, cabaran dan halangan kepada pelaburan dapat kita kenalpasti agar pelaburan tempatan dan pelaburan asing dapat ditingkatkan di negeri kita pada masa akan datang,” katanya dalam ucapannya pada program Invest @ Kelantan Forum & Expo (INFEX) 2024, di sini, hari ini.

Mohamed Fadzli berkata, pihaknya mengalu-alukan pelabur untuk meneroka potensi pelaburan yang mempunyai kekuatan sumber asli, budaya yang unik serta persekitaran yang stabil di negeri ini.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berunding dengan Kementerian Kewangan supaya Pakej Insentif Percukaian Khas diteruskan untuk memberi daya saing kepada negeri ini sebagai destinasi pelaburan.

“Pelaburan utama kita seperti Tok Bali Industrial Park dan Taman Perindustrian Sungai Bagan masih dalam pembinaan.

“Kepesatan pembangunan di Tok Bali dalam sektor pembuatan, perikanan, minyak dan gas, logistik dan perkhidmatan serta pelancongan, kerajaan negeri melihat satu keperluan untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas,” katanya.

Katanya, zon itu adalah bagi tumpuan kepada kemasukan pelabur yang bersesuaian.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *