EYKA, AKHYAR NIKAH TAHUN DEPAN

EYKA, AKHYAR NIKAH TAHUN DEPAN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Eyka Farhana memaklumkan dia dan tunangnya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid merancang untuk melangsungkan pernikahan, tahun depan.

Belum bersedia untuk mendedahkan tarikh rasmi pernikahan mereka, Eyka bagaimanapun memohon agar segala urusannya dipermudahkan.

“Insya-Allah tahun depan. Doakan yang baik-baik untuk saya dan semoga dipermudahkan urusan sampai ke hari perkahwinan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai perasaan selepas mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya sejak 4 Ogos lalu, Eyka meluahkann rasa syukur dan gembira. 

“Alhamdulillah rasa lebih tenang dan sudah tentu saya gembira. Apapun doakan saya ye,” katanya.

Kelmarin Eyka mendedahkan sudah bergelar tunang kepada Akhyar selepas tiga bulan merahsiakan perkara berkenaan kepada umum.

Sebelum ini, pelakon berusia 29 tahun itu dilihat menutup status perhubungan dengan kekasih hati kepada umum, namun mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak itu sejak 2020. – HMetro Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *