REMAJA OKU MELECUR TANGAN DALAM KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH

REMAJA OKU MELECUR TANGAN DALAM KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

PASIR MAS: Satu kebakaran telah berlaku melibatkan sorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) melecur dibahagian tangan kirinya ketika cubamenyelamatkan diri dalam satu kejadian di Kampung Alor Pasir, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas, Mohd Azmi Hussin berkata, kejadian pada 9.56 malam itu melibatkan tiga rumah jenis separuh kekal.

Menurutnya mangsa, Ahmad Lutfir Rahman Pakerdin, 26 dipercayai ditinggalkan bersendirian di rumah, manakala ahli keluarganya yang lain keluar makan malam.

 “Setibanya di lokasi kejadian kira-kira 10.17 malam, kami dapati ketiga-tiga rumah berkenaan yang terletak bersebelahan itu telah 90 peratus terbakar.

 “Mangsa dihantar ke Hospital Lati untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian tersebut juga telah menyebabkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan empat motosikal turut terbakar.

Katanya operasi memadam kebakaran yang turut membabitkan angggota BBP Rantau Panjang itu berjaya dikawal pada 22.49 malam manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *