AIR BARLI BANTU TINGKATKAN SISTEM PENGHADAMAN

AIR BARLI BANTU TINGKATKAN SISTEM PENGHADAMAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Khasiat barli menjadi antara makanan berkhasiat yang banyak membantu manusia sejak zaman dulu lagi.

Ia bukan sahaja menjaga kesihatan luaran tubuh badan tetapi pentingnya kepada kesempurnaan kesihatan dalaman juga.

Air barli ialah sejenis minuman yang dibuat dengan merebus biji barli dalam air sehingga menghasilkan pati yang kemudian ditapis dan dicampurkan dengan sedikit gula untuk mendapatkan rasa manis.

Di samping itu, barli juga sejenis bijirin yang kaya dengan serat, vitamin, dan mineral.

Kebiasannya, segelintir masyarakat minum air barli ketika sakit kerana ia boleh menggalakkan penghidratan, menyokong kesihatan buah pinggang dan melancarkan sistem pencernaan.

Air barli mempunyai rasa yang neutral dan berkanji dan ia bergantung kepada jumlah gula yang ditambah.

Ada juga meminumnya dengan menambah perahan lemon atau madu untuk memperkayakan rasanya.

Terdapat beberapa manfaat air barli seperti:

 1.Meningkatkan penghadaman

Barli mengandungi serat yang membantu melancarkan sistem pencernaan dan mencegah sembelit.

 2. Menyokong kesihatan buah pinggang

Air barli sering dikaitkan dengan keupayaan membantu mencegah batu karang dan menyokong fungsi buah pinggang yang sihat.

 3. Menstabilkan gula dalam darah

Kandungan serat larut membantu mengawal paras gula dalam darah, menjadikannya baik untuk pesakit diabetes.

 4. Menggalakkan kesihatan jantung

Barli kaya dengan beta-glukan, sejenis serat yang membantu menurunkan paras kolesterol dan melindungi jantung.

 5. Mengekalkan hidrasi

Air barli sangat baik untuk hidrasi, terutama dalam cuaca panas, kerana ia membantu menyejukkan badan.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *