692 TERIMA TAULIAH ARPRM

692 TERIMA TAULIAH ARPRM

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Seramai 797 peserta membabitkan empat daerah dari lapan buah sekolah dan satu dari Kolej Vokasional Kuala Krai menyertai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM 2024).

Penolong Pengarah Kelab dan Persatuan, Na’im Ibrahim dalam ucapannya, berkata peserta perlu mengambil masa enam bulan untuk melengkapkan anugerah.

“Daripada jumlah itu, seramai 692 peserta telah berjaya melengkapkan komponen di dalam tahap anugerah masing-masing dan layak untuk ditauliah mengikut tahap anugerah masing-masing.

Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia,”katanya.

Menurutnya melalui program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (The Duke of Edinburgh’s International Award) tersebut, peserta anugerah akan dididik dengan pelbagai elemen penting bagi pembinaan jati diri dan pembentukan individu.

“Pembinaan jati diri dan pembentukan individu merangkum komponen khidmat masyarakat, komponen penjelajahan lasak dan rekreasi fizikal dan komponen kemahiran.

Kejayaan pelajar tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan semua pihak. Justeru, permuafakatan sangat penting antara pelbagai agensi sama ada badan kerajaan mahu pun swasta dalam memastikan kemajuan golongan anak muda yang akan menjadi tonggak peneraju negara pada masa hadapan,”katanya sempena Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda The Duke Of Edinburgh’s International Award (Pingat Gangsa Dan Perak) Peringkat Negeri Kelantan 2024, di sini, pada Khamis.

Beliau berharap melalui program itu ia akan menjadi satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dalam pasukan, sikap sukarela, mengamalkan gaya hidup aktif dan sebagainya ke arah membentuk generasi muda yang mempunyai jati diri dan mampu berdaya saing selaras dengan perubahan arus perdana.

Sehubungan dengan itu, jabatan pendidikan negeri kelantan mengucapkan terima kasih dan sangat menyambut baik di atas inisiatif daripada jabatan belia dan sukan negeri kelantan dalam pelaksanaan program-program sebegini di peringkat sekolah di dalam meningkatkan pembentukan sahsiah dan jati diri unggul di kalangan pelajar,”katanya.

IMedikel TV 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *