Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Masyarakat Kelantan terkenal dengan masakan dan juga minuman yang manis, dengan itu Farmasi IMedikel mengadakan gimik flashmob sempena Hari Diabetes Sedunia 2024.
Ahli Farmasi IMedikel, Nurul Shuhada Hamidon, berkata gimik tersebut disertai staf IMedikel berhampiran lampu isyarat Telipot untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat.
“Kita hendak beritahu semua komuniti setempat kita ini tentang kepentingan bagi mengelakkan daripada penyakit kencing manis.
“Kalau kita tahu masyarakat di Kelantan memang suka makanan manis, justeru kita perlu menjaga pemakanan kita,”katanya.
Nurul Shuhada berkata sempena Hari Diabetes Sedunia, IMedikel turut menyediakan ujian darah lengkap pada harga serendah RM49.
“Jadi mereka boleh datang periksa gula dalam darah, kolestrol, asid urik, buah pinggang dan sebagainya pada 30 November ini, pada hari Sabtu. Jemput datang beramai-ramai.
“Bagi mereka yang berminat, boleh buat pendaftaran awal sekarang, buat temujanji untuk slot mereka yang sudah mendaftar.
“Kami berharap ramai yang datang untuk kesedaran tahap diabetes, buat saringan awal untuk mencegah sebarang penyakit,”katanya.
IMedikel TV