TELUR SEPARUH MASAK PILIHAN BERKHASIAT UNTUK KESIHATAN

TELUR SEPARUH MASAK PILIHAN BERKHASIAT UNTUK KESIHATAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Telur separuh masak menjadi pilihan sarapan kebanyakan masyarakat Malaysia kerana penyediaannya mudah dan menjimatkan masa.

Namun yang pasti selain daripada menjimatkan masa di waktu pagi, terdapat manfaat kepada kesihatan.

Telur adalah sumber protein lengkap yang mengandungi sembilan asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh.

Dalam bentuk separuh masak, nutrien seperti vitamin A, D, E, dan B12, serta mineral seperti selenium dan zat besi, dapat dikekalkan dengan lebih baik kerana proses memasaknya yang minimum.

Manfaat utama telur separuh masak termasuk:

1. Meningkatkan Tenaga dan Fokus
Protein berkualiti tinggi dalam telur membantu menstabilkan gula dalam darah, memberikan tenaga yang berpanjangan dan meningkatkan fungsi kognitif.

2. Baik untuk Kesihatan Mata
Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua antioksidan penting yang melindungi mata daripada risiko penyakit seperti katarak dan degenerasi makula.

3. Menyokong Sistem Imun
Kandungan selenium dalam telur membantu menguatkan sistem imun, manakala vitamin D menyokong kesihatan tulang dan gigi.

4. Membantu Pertumbuhan Otot
Protein dalam telur sangat baik untuk memperbaiki tisu otot dan menyokong pertumbuhan badan, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang aktif bersukan.

5. Sumber Kolin yang Penting
Telur kaya dengan kolin, yang penting untuk fungsi otak dan kesihatan saraf, terutama bagi ibu hamil untuk menyokong perkembangan otak bayi. IMedikel TV


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *