Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Jabatan kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menumpaskan aktiviti penyeludupan barangan kosmetik bernilai anggaran RM247,471.50 dengan anggaran cukai sebanyak RM1,235.85.
Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam wan Long dalam kenyataan berkata pasukannya melakukan intipan dan membuat serbuan ketika serbuan di Pengkalan Haram Haji Rashid, Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat, kira-kira jam 2.30 petang, pada 6 November lalu.
“Tempat serbuan itu dijadikan sebagai tempat pemunggahan barangan kosmetik berkenaan.
“Modus operandi kegiatan itu adalah menyeludup barangan kosmetik dari negara jiran menggunakan bot melalui pengkalan haram sebelum disimpan di stor untuk dijual di pasaran tempatan,”katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
“Siasatan masih terus dijalankan bagi menghenal pasti pemilik dagangan yang telah dirampas.
“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM50,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama,”katanya.
Tambahnya barangan kosmetik adalah barang larangan di bawah Butiran 9, Bahagian I, Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import 2023) yang mana pengimportannya adalah dibenarkan dengan syarat ada permit import daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM))
“Penyeludupan dan penjualan barangan kosmetik bukan shaja merugiklan negara dari segi ketirisan hasil,malah turut mendatangkanancaman kepada keselamatan negara dan kesejateraan rakyat.
“Pihak kami juga menggesa orang ramai untuk membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain,”katanya.
IMedikel TV