POLIS KESAN SUSPEK CURI BEG JEMAAH

POLIS KESAN SUSPEK CURI BEG JEMAAH

KOTA BHARU: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki berumur 30-an yang disyaki mencuri beg di Masjid Muhammadi, di sini, dalam kejadian jam 2.50 petang, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata sebuah video berdurasi 14 saat tular di media sosial sejak semalam menunjukkan suspek yang memakai seluar hitam, berbaju kemeja putih serta berkopiah.

“Mangsa tampil membuat laporan polis pada hari yang sama mendakwa beg silang miliknya yang diletakkan sebelahnya diambil oleh individu tidak dikenali ketika dia sedang sujud.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai mencuri beg salah seorang jemaah di Masjid Muhammadi, di sini, yang dilihat melalui rakaman CCTV. – Foto PDRM

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Sarjan Mohd Hafiz Muhammad Khila di talian 013-9529828 atau 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dikenakan denda atau sebat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohd Rosdi turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan menjaga harta benda dengan baik terutama di kawasan orang ramai.

Sumber: BH Online

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *