WASHINGTON: Situasi itu sekali gus meningkatkan polemik menjelang lawatan presiden Filipina, Ferdinand Marcos JR ke rumah putih.
Jurucakap jabatan negara, Matthew Miller, dalam satu kenyataan dua hari sebelum presiden AS, Joe Biden menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari Filipina, berkata China melakukan gangguan dan ugutan terhadap kapal Filipina di perairan itu.
“Kami menyeru Beijing untuk menghentikan kelakuan provokatif dan tidak selamat,” – MATTHEW MILLER, Jurucakap Jabatan Negara
Katanya sambil menambah sebarang serangan ke atas angkatan bersenjata Filipina bakal mencetuskan tindak balas AS
Biden berusaha untuk memperkukuh hubungan dengan sekutu di asia memandangkan hubungan AS-China kekal dingin dari segi sejarah dan kedudukan Filipina sebagai laluan laut utama.
Selain itu, taiwan juga memberikan kepentingan strategik yang khusus kepada AS
Beijing menuntut kedaulatan hampir keseluruhan laut china selatan, sekali gus mengabaikan keputusan antarabangsa yang tuntutan itu tidak mempunyai asas undang-undang.
Dalam kejadian kapal pengawal pantai China dan Filipina hampir berlanggar pada ahad lalu, wartawan AFP seorang satu daripada beberapa petugas media yang menyaksikan kejadian itu.
Media menaiki dua bot pengawal pantai Filipina dalam rondaan selama enam hari di laut china selatan, sambil melawat puluhan pulau dan terumbu karang.
Sumber: BH Online & AFP
Imedikel TV