BENTONG: Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang pengsan bersama tiga lagi penumpang menjelaskan beliau terbau petrol yang kuat di dalam kenderaan, selepas melepasi Plaza Tol Karak, Pahang.
Nor Wahid berkata, dalam kejadian selasa lalu, semua kenderaan bergerak perlahan kira-kira tiga kilometer selepas plaza tol berkenaan dan beliau membuka tingkap sekejap kerana tidak selesa dengan bau berkenaan.
Katanya, dia terbau petrol yang kuat dalam kenderaan dan ketika itu cuaca amat panas serta kereta bergerak perlahan.
Menurutnya disebabkan itu dia membuka tingkap sebelah pemandu.
“Saya tutup semula tingkap beberapa minit selepas itu apabila trafik kembali lancar.”
Ketika menghampiri plaza tol bentong, nor wahid berkata, bau petrol semakin kuat dan aliran semua kenderaan amat perlahan.
Katanya ketika menghampiri plaza tol bentong, saya membuka tingkap tapi suhu luar sangat panas tetapi tiba-tiba, dia merrasa tidak selesa dan bermaya.
“Saya bertanya isteri sama ada boleh pandu kereta selepas tol, tapi tiada balasan.
“Saya lihat isteri seperti sedang tidur nyenyak, manakala anak perempuan dan anak saudara juga tidur. Saya sangka mereka terlalu penat, namun tiba-tiba saya tak dapat fokus memandu kerana pandangan makin kabur, pendengaran kurang dan rasa lemah, saya pengsan.
“Tiba-tiba saya rasa ada orang tekan dada, tepuk pipi saya dan beritahu jangan tidur. Saya seperti bingung ketika itu, sebelum mula sedar selepas doktor beri oksigen di hospital dan semua ahli keluarga juga tersedar.”
Lelaki berusia 52 tahun itu bersama tiga ahli keluarga ditemukan pengsan selepas MPV keluaran tempatan itu merempuh paip air di Paza Tol Bentong.
Nor Wahid berkata, mereka sekeluarga dibenarkan keluar dari hospital pada jam 10 malam hari sama selepas tekanan darah stabil.
Portal berita Harian Metro sebelum ini melaporkan empat sekeluarga pengsan dalam kenderaan yang dinaiki dipercayai kekurangan oksigen di dalam badan ketika perjalanan sebelum merempuh Plaza Tol Bentong.
Kejadian berlaku jam 2.40 petang ketika semua mangsa dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan menuju ke Balakong di Selangor.
Kenderaan dipandu mangsa melanggar pintu plaza tol berkenaan sebelum pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas rondaan OP Selamat 2023 di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak memberi bantuan awal.
Sumber: BH Online
Imedikel TV