WASHINGTON: Syerif kaunti Dan Jacinto, Greg Capers menggambarkan situasi kejam itu apabila pihak berkuasa pergi ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan mengenai ‘Gangguan’ pada 11.30 malam, jumaat lalu.
Mangsa, berusia antara lapan dan 40 tahun, ditembak dari pintu depan sehingga ke bilik tidur, di mana dua daripadanya iaitu wanita ditemukan terbaring di atas dua kanak-kanak yang terselamat dalam pembunuhan berkenaan.
“Pada pendapat saya, mereka berusaha untuk memastikan dua bayi itu selamat,”
Semua mangsa ditembak “dari leher seperti hukuman bunuh, secara dasarnya di kepala. -GREG CAPERS, Syerif Kaunti San Jacinto
Kata capers kepada KTRK, Stesen Penyiaran ABC di Houston.
“Lelaki terbabit sebelum itu minum arak dan berkata, ‘Saya lakukan semua yang saya mahukan di laman rumah saya.”
“Semua mangsa berasal dari Honduras.” – GREG CAPERS, Syerif Kaunti San Jacinto
Tambah Capers, sambil menambah ada 10 orang di dalam rumah itu pada masa kejadian.
Dia berkata, pihak berkuasa percaya bahawa penembak itu dipercayai adalah dari Mexico.
Dalam pada itu, pejabat syerif menerusi laman facebooknya berkata, suspek dipercayai sudah meninggalkan AS
Dalam pada itu, penduduk diminta berada di dalam rumah sehingga lelaki itu ditahan, lapor KTRK
Sumber: BMetro Online
Imedikel TV