Lato-lato terus mendapat sambutan tidak kira usia, dari kanak-kanak sehingga dewasa ada yang meminati alat permainan yang dikatakan berasal dari luar negara. Bagaimanapun, ada yang mendakwa permainan itu boleh membahayakan pemain serta orang sekeliling.
Team imedikel tv sempat menemu bual beberapa individu di sekitar kota bharu, tentang pendapat mereka berkenaan permainan yang kian popular masa kini. Permainan tular ini sudah pun memasuki pasaran tempatan, di mana ramai penjual di pasar terutama di kota bharu. Muhammad Asrul menerusi temu bual berkata, permainan lato- lato ini baru sahaja popular di kelantan.
“Permainan nih baru jah timbul baru…. kalu boleh elakkan la untuk anok-anok main nih, tok saloh nok main, tapi keno jarakkan lah, keno jago molek.” – Muhammad Asrul
Menurut asrul alat permainan itu boleh mendatangkan bahaya untuk kanak-kanak jika tidak dikawal. Bagaimanapun, muhammad irfan berpendapat, permainan lato-lato ini tidak membahayakan dan ia hanya perlu dikawal sahaja agar tidak mendatangkan kecederaan fizikal terhadap pemain.
“Permainan ni tok bahayo pun, cumo keno jarakkan lah untuk tok bui keno muko keno jarakkan lah untuk kanak-kanak.” – Muhammad Irfan
Sementara itu, di media sosial ramai yang beranggapan permainan lato-lato ini berbahaya kerana boleh mencederakan pemain. Netizen juga berharap permainan itu tidak dipasarkan di malaysia. Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial seorang kanak-kanak lelaki cedera dipercayai terkena lato-lato. Namun, ada juga kisah menarik tentang permainan lato-lato di mana seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari surabaya memenangi hadiah seekor kambing disebabkan bermain lato-lato dua jam tanpa henti. Sedikit info tentang lato -lato, ia merupakan alatan mainan yang popular pada era 60-an dan 70-an di amerika syarikat dan kini ia kembali menjadi kegemaran penduduk di indonesia sebelum ia tular ke malaysia.
— Imedikel TV