Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan I Medikel TV
Pelbagai cara scammer untuk memerangkap orang ramai dan salah satu daripada caranya ialah dengan melalui panggilan telefon.
Anda mungkin akan menerima panggilan telefon daripada pihak polis atau mahkamah yang mengatakan bahawa anda mempunyai saman dalam jumlah yang banyak dan wajib membayar sedikit bayaran untuk mengelak daripada tindakan selanjutnya dikenakan.
Namun taktik baharu yang digunakan scammer untuk menipu mangsanya adalah dengan membuat dakwaan anak mereka diculik dan meminta sejumlah wang tebusan sehingga ada ibu bapa ketakutan dan risau dengan taktik tersebut.
Baru-baru ini telah berlakunya kes penipuan yang melibatkan seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat tempatan nyaris menjadi mangsa scammer yang mendakwa anaknya diculik dan mereka meminta sejumlah wang tebusan.
Kes ini mula menjadi perhatian pihak polis kerana satu pesanan yang tular di WhatsApp mendakwa kejadian culik murid sekolah berlaku di sekitar Lembah Klang, antara 13 hingga 15 Jun.
Wartawan Imedikel TV berkesempatan menemubual orang awam untuk memberi pandangan dan nasihat berkenaan kes tersebut.
Alia Akilah, 27, dari Tanah Merah memberi pandangannya bahawa ibu bapa haruslah memainkan peranan penting agar tidak menjadi umpan terhadap scammer.
“Bagi saya ibu bapa kena periksa terlebih dahulu anak mereka berada di mana samada betul atau tidak diculik bukannya semasa scammer hubungi terus termakan umpan dan melakukan pindahan duit dengan serta merta tanpa usul periksa terlebih dahulu”.
“Ibu bapa haruslah sentiasa berhati-hati dengan panggilan yang berunsur penipuan, jangan panik segeralah melakukan usul periksa terlebih dahulu”.
“Nasihat saya kepada orang ramai di luar sana, jika tiba-tiba dapat panggilan, lebih-lebih lagi nombor tersebut bukan dari Malaysia jangan jawab panggilan tersebut dan terus sekat nombor berkenaanlah,”katanya.
Menurut Akilah, kebiasaannya scammer menggunakan panggilan palsu malah ada yang melakukan dengan cara pukau dengan hanya melalui panggilan telefon.
Jadi orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan sila laporkan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997, jika anda mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan.
Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi “Whos call” untuk mengetahui panggilan tersebut adalah panggilan scammer ataupun tidak.
Imedikel TV