HARGA MURAH UNTUK IBADAH KORBAN

HARGA MURAH UNTUK IBADAH KORBAN

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Sehari lagi sebelum menjelang hari raya aidiladha khamis ini. Sudah tentu ibadah korban menjadi kewajipan umat islam.

Team imedikel tv berkesempatan menemu bual seorang penternak lembu di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, semalam.

Dalam zaman serba mahal ini, masih ada lagi penternak bermurah hati menjual lembu untuk ibadah korban dengan harga murah.

Seorang penternak muda Fadhil Hussin, 40, dari tanjong cat berkata tanpa mengira kos bahan makan, penternak nekad jual lembu korban atas niat bersedekah.

“Harga satu untuk satu bahagian kita buat tu RM 550 satu ekor lah kalau dikira dengan keadaan sekarang ni murah la sebab rata-rata RM 600 ke atas sekarang ni. Kita kira sebab kita ni kebanyakan pelanggan tetap jadi kita buat harga 2 ke 3 tahun lepas lagi memang harga sama harga biasa harga RM 550 je untuk satu bahagian untuk satu bahagian sebab kita kira sambil-sambil kita itu lah orang kampung kan kita sedekah”, katanya.

Katanya sebanyak 6 ekor lembu diperuntukkan untuk ibadah korban pada tahun ini.

“Untuk tahun kita buat 6 ekor lah 6 ekor meningkat ke berbanding tahun lepas? Kurang sikit sebab tahun lepas kita 10 ekor jadi tahun ni kita 6 ekor jah”.

Katanya, ekonomi semasa jelas mempengaruhi bilangan lembu korban pada tahun ini berkurangan berbanding tahun lepas.

Menurut fadhil meskipun berdepan dengan kenaikan tersebut, namun dia berusaha menjual dengan harga berpatutan bagi melancarkan ibadah korban nanti.

“Lembu korban ni dia tiga bulan terakhir la kita kira sebelum sampai waktu nak korban tu masa tu kita kena pam dah, pam dari segi pemakanan dia lah, maknanya kalau biasa kita bagi dedok satu hari sekali kita kena bagi dua hari dah la dia memang kena pam betul-betul lah sebab hari kata nak biar sempat korban tu dia dah gemuk dah”

Menurut fadhil, lembu untuk dibuat korban perlu diberi makan lebih daripada biasa untuk menghasilkan saiz yang besar.

Tambahnya, dia turut memberi makan rumput napier pada lembu sebanyak dua kali sehari.

Katanya permintaan terhadap lembu korban pada tahun ini meningkat 40 ekor berbanding tahun lepas.

Fadhil berkata dia mengambil bekalan lembu dari thailand daripada kategori lembu brahman sejak 10 tahun lepas.

“Harga kalau untuk kita kata 220 kilo la kan, dia sekarang ni dalam 3 ribu lebih la lepas tu tengok dari segi berat dia la kalau lagi berat dia lagi mahal mencecah 6 ribu pun ada seekor”

Bapa kepada empat orang anak itu berkata berat lembu yang dijual kini mencecah 220 kilogram (kg) hingga 480 kilogram (kg).

Tambah Fadhil, dia juga turut menerima tempahan sebanyak 30 ekor kambing dan biri-biri untuk ibadah korban.

Kini dia turut dibantu oleh adiknya Izzat Hussin, 29, dalam penjagaan kambing dan biri-biri.

Dalam dua minggu gitu la, dua minggu tiga minggu buyer dia akan mari ambik akan mari ambik sebab sini kita bawa masuk tu kita kuarantin la sini sekejap takut apa-apa bawa penyakit kan kuarantin dulu sebelum sapa dekat pembeli tu,”

Menurutnya dia mengambil inisiatif bagi memastikan lembu yang diimport dalam keadaan baik agar tidak menghampakan pembeli.

Katanya setiap kali diimport sebanyak 15 ekor lembu masuk ke ladangnya sudah ada pemiliknya.

Fadhil yang juga bekas penyambut tetamu hotel mengambil keputusan untuk berhenti kerja, bagi memberi fokus sepenuhnya kepada penternakan lembu peliharaannya sejak 10 tahun lalu.

Harapannya terhadap bisnes penternakan adalah agar sentiasa mendapat sambutan ramai tidak kira dari dalam dan luar negeri luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *