JUAL AIR DALAM BALANG AKUARIUM?

JUAL AIR DALAM BALANG AKUARIUM?

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

Tular di Facebook, peniaga menggunakan akuarium kaca untuk menjual air balang di sebuah pasar malam di Shah Alam.

Hal ini mungkin gimik dan inisiatif peniaga itu sendiri untuk memburu trend ‘hipster’ bagi memikat dan tarikan pelanggan.

Peniaga itu turut menggunakan pam penapis air sebagai alat pembancuh minuman untuk mengitar air di dalam akuarium tanpa mengira soal piawaian keselamatan makanan (food grade).

Bagaimanapun, warga maya kini bersuara kerana beranggapan ia mempunyai beberapa risiko kesihatan yang tidak baik untuk pelanggan.

Wartawan Imedikel TV bertanyakan orang awam berkaitan isu tersebut bagi mendapat komen dan pendapat daripada mereka.

Amir Mustaqim Hasan, 25, dari Dungun, Terengganu, berpendapat sikap peniaga yang menginginkan ‘hipster’ mahupun viral di sosial media dalam perniagaan adalah satu teknik pemasaran terkini namun hendaklah menggunakan cara pemasaran yang tepat dan sahih.

Amir Mustaqim Hasan, 25, berkata alangkah baiknya jika penjual meneliti terlebih dahulu terhadap piawaian penggunaan barang berniaga.

“Peniaga perlu menggunakan konsep F&B bagi peniaga yang menjual minuman dan makanan, dengan penggunaan peralatan yang betul ketika berniaga untuk menjaga kualiti, kesihatan dan keselamatan dalam perniagaan antara peniaga dan pelanggan.

“Berkenaan gam silikon pada akuarium itu ia bukan kategori food grade kerana food grade ini satu jenis material yang digunakan pada satu produk yang bersentuhan secara langsung dengan makanan dan minuman. Material food grade harus tidak beracun, aman digunakan dan tidak mengganggu kesihatan pelanggan.”katanya ketika dihubungi.

Pembantu klinik, Siti Nadhirah Mohd Zain, 24, dari Bachok berkata penjualan air menggunakan akuarium itu perlu dihentikan.

Siti Nadhirah Mohd Zain, 24, berkata penggunaan akuarium amatlahb bahaya untuk orang ramai dalam pelbagai aspek kesihatan.

“Pengendali makanan perlu sedar tentang bahayanya penggunaan bekas makanan yang tidak betul. Hal ini kerana boleh menyebabkan penyakit hati seperti hepatitis A tersebar melalui pemakanan dan memberi kesan minimum terhadap kesihatan, tidak terlalu berisiko mengakibatkan kanser.”katanya kepada Imedikel ketika dihubungi bagi mengulas isu tersebut.

Nurul Husna Rahin, 25, berkata peniaga seharusnya menitikberatkan soal keselamatan terutamanya untuk berniaga produk berasaskan makanan atau minuman.

Nurul Husna Rahin, 25, berkata balang minuman yang dijual perlulah sentiasa bersih untuk menjaga kualiti air.

“Jangan disebabkan ingin viral dan mengejar keuntungan, soal keselamatan tersebut diabaikan dan seterusnya memberi kesan yang buruk untuk jangka masa yang panjang.  Bekas akuarium itu jelas sekali tidak sesuai digunakan sebagai  bekas minuman kerana diperbuat khusus untuk meletakkan ikan dan akan menimbulkan pandangan yang tidak senang daripada pelanggan.”katanya.

Namun demikian, peniaga perlulah menggunakan teknik menjual yang betul bagi mendapatkan kualiti dan kepercayaan daripada pelanggan di luar sana.

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *