BERI PELUANG UNTUK SATU PENGGAL MENTADBIR

BERI PELUANG UNTUK SATU PENGGAL MENTADBIR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak mahu mana-mana negeri terpinggir daripada segi pembangunan terutamanya dalam peluang ekonomi dan pekerjaan.

“Cuba sekali untuk memberikan kepercayaan dan undi kepada calon-calon Kerajaan Madani, calon-calon PN dan PH, cuba sekali bagaimana perubahan akan kita bawa.

“Kita mesti menyantuni seluruh keperluan rakyat termasuklah kita menyantuni dan meletakkan noktah kepada kemiskinan tegar.

“Kalau mereka memberikan prestasi yang baik, sambung perkhidmatan mereka, sambung perkhidmatan Kerajaan Madani di negeri Kelantan, jika tidak baik mandat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baru. Dan kami berjanji jika peluang diberikan satu penggal sahaja untuk BN-PH atas nama semangat seluruh Kerajaan Madani diberikan kepada calon-calon kami, InsyaAllah, kami akan lakukan yang terbaik dan lebih baik daripada apa yang dilakukan selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya Parti-parti Komponen Kerajaan perpaduan, Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen Kota  Bharu, di Dewan UMNO Negeri Kelantan, di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berharap Pilihan Raya Negeri (PRN) 15 bagi keenam-enam negeri mesti menubuhkan kerajaan yang selari dengan Kerajaan Kerajaan Madani.

Beliau berkata ini adalah bagi mempertingkatkan harakat, darjat dan martabat serta membawa pembangunan untuk rakyat di keenam-enam negeri ini.

“Justeru apa yang kita lakukan khususnya untuk negeri Kelantan di bawah kepimpinan Datuk Wira Ahmad Jazlan Yaakub dan dibantu oleh Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan mendapat kolaborasi yang kuat daripada rakan-rakan dalam komponen parti BN apatah lagi rakan-rakan dalam parti komponen PH, ujian ini adalah ujian yang harus kita hadapi bersama, peluang ini adalah peluang yang terbaik bagi kita untuk memberitahu rakyat Kelantan, ubah sebelum kerajaan yang ada di negeri ini meneruskan legasi yang memberikan kesusahan kepada rakyat,”katanya.

Bagi PRN 15 kali ini membabitkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *