KREATIVITI PELAJAR UMK REKA PELAPIK GELAS

KREATIVITI PELAJAR UMK REKA PELAPIK GELAS

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV.

BACHOK: Seramai enam pelajar tahun dua dari jurusan Teknologi Kreatif Elektif Reka Bentuk Industri di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempamerkan kemahiran dan kreativiti menghasilkan pelapik gelas (coaster) dengan menggunakan bahan berasaskan papan lapis.

Pelajar berkenaan, Nik Danis Nik Azhar, 24, berkata proses potongan laser juga dilakukan mengikut bentuk pelapik gelas itu bagi mendapat hasil yang lebih baik dan cantik.

Nik Danis Nik Azhar, 24, merupakan salah seorang yang bekerja di bawah syarikat ‘Rekaism’.

“Pelapik gelas ini juga mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai terutamanya warga UMK dan telah mendapat keuntungan jualan sebanyak RM1,000 dalam masa enam bulan,” katanya kepada pemberita ketika Majlis Perasmian Inkubator Keusahawanan, Pusat Penyelidikan dan Hospital Pengajar Perubatan Veterinar UMK, di sini, baru-baru ini.

Danis berkata pelapik gelas tersebut terbahagi kepada dua saiz iaitu kecil (single) yang dijual pada harga RM13, manakala saiz besar (double) boleh dapat pada harga RM19.

Menurutnya, idea untuk reka pelapik air itu adalah daripada salah seorang rakan seperjuangannya.

“Setakat ini, kami sudah ada tiga bentuk yang direka untuk pelapik air ini, namun kami masih lagi dalam perbincangan untuk mengeluarkan bentuk terbaru bagi menampilkan kelainan berbanding produk lain,” katanya.

Mereka turut bekerja di sebuah syarikat ‘Rekaism’ bagi penghasilan pelapik gelas tersebut.

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *