MAN CITY AKHIRI JELAJAH PRA-MUSIM DENGAN KEKALAHAN

MAN CITY AKHIRI JELAJAH PRA-MUSIM DENGAN KEKALAHAN

SEOUL: Manchester City tewas buat pertama kali dalam jelajah pra-musim selepas jaringan Memphis Depay dan Yannick Carrasco memberikan Atletico Madrid kemenangan 2-1 di Korea Selatan.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian, pengendali City, Pep Guardiola menurunkan kesebelasan terkuatnya dengan Erling Haaland dan Julian Alvarez menerajui jentera serangan.

Sepak mula di Stadium Piala Dunia Seoul tertangguh dua kali akibat hujan lebat, namun perlawanan yang hampir dibatalkan itu tetap diteruskan.

City hampir mendahului permainan di babak pertama, namun jaringan Rodri hasil sepakan sudut Phil Foden dibatalkan kerana kekasaran.

Alvarez, Foden dan Haaland turut terlepas menjaringkan gol untuk juara treble itu di babak pertama.

Depay, salah seorang pemain gantian di babak kedua, meletakkan Atletico di depan menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti.

Skuad kendalian Diego Simeone kemudian menambah jaringan menerusi Carrasco.

City meledak gol tunggal mereka pada lewat permainan selepas Ruben Dias menanduk masuk bola sepakan sudut Sergio Gomez.

Anak buah Guardiola akan kembali ke England untuk menentang Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti hujung minggu ini. – AGENSI, BH Online –

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *