KES HFMD MENURUN

KES HFMD MENURUN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan masih tinggi setiap minggu.

Menurut  Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, namun mula menunjukkan trend menurun sejak dua minggu lalu.

“Sehingga kini minggu Epidimology yang ke-29 bagi tahaun 2023, kes HFMD dilaporkan masih tinggi tetapi menunjukkan trend menurun.

“Peningkatan ini kita lihat adalah disebabkan pembukaan sekolah selepas Hari Raya Aidilfirti tempoh hari,” katanya kepada pemberita di sidang media selepas Lawatan ke Pusat Operasi Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA) ‘Hotspot’ Kota Bharu sempena Hari Terbuka dan Program Komuniti Masyarakat St.John Ambulans Malaysia (SJAM) di Masjid Al-Fattah, di Kampung Nilam Puri, di sini, semalam.

Dr Zaliha berkata, bagaimanapun kes seperti ini tidak serius dan tiada pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *