Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV
Saffron merupakan herba yang terkenal dan mempunyai banyak khasiat kegunaannya dalam bidang perubatan.
Saffron yang mungkin kurang diberi perhatian ternyata banyak memberi manfaat buat kesuburan, kesihatan kulit, hingga mencegah penyakit kronik terhadap wanita.
Mengikut kajian Allan Conney (New Jersey), Saffron dapat mengelakkan sistem pencernaan daripada kanser.
Pengambilan Saffron secara teratur dapat meningkatkan aliran darah ke rahim, yang kemudiannya membantu penyuburan.
Selain itu, makanan herba itu juga dapat mengurangkan keputihan, yang sering menjadi masalah bagi wanita.
Berdasarkan pengalaman penulis, Saffron dapat membantu melancarkan masalah haid wanita yang tidak teratur dengan cara merendamnya ke dalam air kemudian meminumnya secara konsisten setiap hari.
Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil Saffron dapat merasai kesannya dalam jangka masa singkat.
Oleh itu, penting untuk menjadikan Saffron sebagai sebahagian daripada diet harian. Tambahan pula, Saffron juga dapat meningkatkan kesuburan wanita.
Namun, pastikan untuk mengambil Saffron dalam kuantiti yang sesuai dan berkualiti tinggi. Dengan demikian, wanita dapat menikmati manfaat luar biasa daripada “emas merah” ini.
Imedikel TV