Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV.
KOTA BHARU: Tiba bulan kemerdekaan, menjadi sumber pendapatan khususnya bagi tukang jahit.
Dengan kepakaran yang ada, seorang tukang jahit menjahit baju bertemakan hari kemerdekaan kepada pelanggannya.
Anak jati kelantan itu pada awalnya hanya menjahit baju jalur gemilang untuk dipakai anaknya, namun tidak menyangka permintaan baju merdeka kini menjadi sambutan ramai.
Mymy Suriana Zahari, 33, dari Kampung Pulau Kundur berkata, baju Jalur Gemilang yang dijahit untuk anaknya menjadi rebutan ramai sehingga ada yang ingin meminjamnya.
“Mula-mula tu jahit baju anak lepas tu ramai nak pinjam lepas tu nak sewa baju anak tu. Lepas tu tahun lepas tu lepas covid tu rasa nak buat sikit-sikit jela niat tu lepas tu masuk dalam Facebook ramai pula permintaan,”
Katanya, permintaan untuk tempahan semakin meningkat berbanding tahun lepas memandangkan ramai yang menempahbya sejak awal bulan lalu.
Menurut Mymy, dia turut menerima tempahan baju bercorak jalur gemilang daripada guru sekolah dan jiran tetangga untuk sambutan bulan kemerdekaan.
Jelasnya, melihat kepada permintaan yang tinggi, dia mula menjahit 100 pasang pakaian tersebut.
“Dalam 5 pasang siap sehari kalau tak buat yang lain siap la,”
“Tempahan tu daripada Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Gua Musang,”
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kampung Pulau Kundur di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, pakaian itu juga disewakan pada harga rm25 hingga rm35 mengikut saiz dan jenis.
Setakat ini, Mymy mempunyai seorang tenaga pekerja, Wahida Abdul Aziz, 34 yang membantunya menjahit pakaian.
Katanya, rekaan corak baharu seperti kain songket turut diperkenal dan kini dalam proses untuk menyiapkannya.
Tambah Mymy, dia menggunakan platform Facebook untuk mengiklankan hasil kreativitinya.
Imedikel TV