SEMARAKKAN HARI KEMERDEKAAN DENGAN SENI WARISAN WAU

SEMARAKKAN HARI KEMERDEKAAN DENGAN SENI WARISAN WAU

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV.

KOTA BHARU: Penerapan nilai Patriotisme melalui seni budaya dengan menghasilkan wau menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan ke-66 tahun ini.

Ia adalah inisiatif yang mendorong pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu terus berkhidmat untuk pembangunan negara dan memelihara budaya warisan.

Warisan negara yang terbina dalam kalangan pelajar ipg adalah perwatakan kebangsaan yang menjadi sebahagian daripada pembinaan negara dan bangsa.

Pengarah IPG Dr. Khairuddin Said, berkata sambutan bulan kemerdekaan kali ini akan menguatkan lagi perasaan sayang terhadap warisan negara.

Dari kiri Pengarah IPG Dr. Khairuddin Said dan kanan Rektor IPGM Dr. Rosli Yacob

“Semangat kerjasama tu telah wujud dalam kalangan pelajar, tahun ni kita ubah kepada mengingat ataupun menanam rasa sayang kepada warisan.”

“Tujuan untuk tunjukkan semangat kerjasama dan mengingati balik warisan supaya tertanam semangat patriotik berkaitan dengan warisan negara khususnya Negeri Kelantan itu sendiri.”

Menurutnya, pihak IPG telah mengadakan sesi latihan dan kursus menghasilkan wau bagi persediaan bulan kemerdekaan sejak sebulan lalu.

Beliau berkata, wau yang dihasilkan bertujuan memupuk semangat patriotisme terutama dalam kalangan pelajar melalui penghargaan terhadap warisan dan seni budaya Negeri Kelantan.

“Kita yakin sejak sekolah lagi program-program seumpama ini memang di laksanakan. Jadi untuk memastikan kesinambungan semangat ini di peringkat IPG pun melaksanakan antara yang kita fokus ialah penglibatan semua pelajar.”

Jelasnya, usaha melindungi dan memelihara warisan negara perlu diteruskan dan dihayati oleh orang ramai terutama generasi akan datang.

Tambahnya, dengan mengetengahkan permainan tradisional wau dapat memperingatkan dan menghidupkan kembali warisan negara.

“Bermula dengan latihan kita buat latihan mencipta wau kemudian latihan menaikkan wau dan hari ni akan rasmikan, akan lancarkan wau.”

Turut hadir rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Dr. Rosli Yacob bagi merasmikan majlis Karnival Kemerdekaan, semalam.

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *