Menurut Dr Fariza dari jabatan psikiatri dan kesihatan mental hrpz ii, kebanyakan golongan remaja yang terlibat dalam cubaan bunuh diri juga mungkin disebabkan tekanan ketika wabak covid 19 kerana tidak boleh memberi sepenuh tumpuan sepanjang kelas secara atas talian.
Oleh hal yang demikian, mereka yang belajar secara atas talian terpaksa menduduki peperiksaan seterusnya menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi atau kemurungan sekaligus mencari jalan mudah iaitu bunuh diri.
Menurut dr fariza, pihaknya menerima sebanyak lima hingga 10 kes cubaan bunuh diri setiap bulan. -Dr Fariza Yahya, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri HRPZ II
“Setiap kali tu memang ada dalam kalangan mereka adalah remaja-remaja perempuan lah kebanyakan kalau remaja perempuan lah yang cuba bunuh.
“Kebanyakan kes-kes yang dimasukkan ke wad adalah juga tergolong di kalangan remaja-remaja atau pelajar-pelajar sekolah yang berusia antara 15 hingga 20 tahun. kebanyakan mereka berkaitan dengan kemurungan yang disebabkan oleh kemungkinan masalah rumahtangga, putus cinta, masalah pembelajaran dan sebagainya.”
Menurutnya, kebanyakan remaja cuba membunuh dengan mengelar tangan, terjun ke dalam sungai dan juga cuba minum racun.
Katanya kadar kes bunuh diri di malaysia meningkat berkemungkinan akibat wabak covid-19 melanda negara ketika itu.
“Ramai orang terkesan dengan kehilangan pekerjaan, kehilangan sumber pendapatan dan kehilangan ahli-ahli keluarga akibat covid yang sangat mendadak, memang pada 2021 terdapat peningkatan kes yang hampir separuh, hampir dua kali ganda berbanding sebelumnya. mungkin 2021 berkait rapat dengan wabak covid. -Dr Fariza Yahya, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri HRPZ II
Sementara itu, menurut dr fariza, golongan perempuan lebih cenderung membunuh diri tetapi lelaki lebih berjaya dalam cubaan itu.
Dia berbeza dari segi statistik lelaki dan perempuan. lelaki berjaya bunuh diri lebih ramai tiga kali ganda daripada perempuan sebab…. method mereka bunuh diri mereka menggunakan method yang lebih fatal selalunya keinginan bunuh diri lelaki menggunakan method yang akan berkesan untuk mereka berjaya membunuh diri. kaum lelaki berjaya tiga kali ganda bunuh diri berbanding perempuan. tetapi…
Perbuatan membunuh dari lebih ramai di kalangan wanita 3 hingga 4 kali lebih tetapi perempuan selalunya menggunakan method yang kurang berkesan untuk menyebabkan mereka mati.
Menurut beliau, cara cubaan perempuan membunuh diri berbeza dengan lelaki.
Katanya perempuan lebih cenderung dengan mengambil ubat secara berlebihan atau mengelar diri mereka berbanding lelaki iaitu dengan menggantung diri; terjun ke dalam sungai yang dalam atau terjun bangunan.
Katanya, perbuatan membunuh diri bagi wanita boleh diselamatkan jika dibandingkan dengan lelaki.
Menurut dr fariza, terdapat beberapa faktor bunuh diri antaranya mereka mempunyai masalah ataupun kesengsaraan yang ditanggung mereka sangat berat.
Tambahnya, atas faktor itu mereka membunuh diri seolah-olah mereka menghilangkan kesengsaraan tersebut.
Membunuh diri ni umpama permanent solution to a temporary problem maknanya mereka mengalami masalah yang mereka alami itu kita boleh selesaikan tapi mereka mengambil jalan untuk menyelesaikan secara permenant. kebanyakan pesakit-pesakit yang bunuh diri mereka sudah menanggung penderitaan dari segi emosi dan sebagainya pada tempoh masa yang lama dan mereka menamatkan riwayat mereka kerana mereka merasakan itu jalan terbaik. -Dr Fariza Yahya, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri HRPZ II
Menurut beliau, seseorang yang cenderung untuk membunuh diri akan nampak perubahan dalam diri mereka terutamanya daripada segi perangai mereka.
Katanya, kadang-kadang mereka cuba untuk bercakap perihal idea atau keinginan mereka membunuh diri dengan seseorang yang dekat dengan mereka.
“Kadang-kadang mereka cuba berbuat sesuatu ataupun mereka ada perancangan contohnya kalau mereka merasakan jalan terbaik untuk membunuh diri adalah dengan cara menggantung diri, mereka akan cuba membaca artikel-artikel berkaitan atau melihat video-video berkaitan dan mereka akan pergi mencari benda-benda yang boleh mereka guna contohnya selalunya barang-barang yang mereka guna untuk membunuh diri ataupun cara mereka membunuh diri adalah sesuatu yang berada berdekatan dengan mereka. -Dr Fariza Yahya, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri HRPZ II
Beliau berkata, mereka yang cenderung bunuh diri boleh diselamatkan dan dirawat.
Mereka yang cuba bunuh diri biasanya disebabkan kemurungan.
Ada tiga tahap kemurungan yang perlu kita tahu iaitu rendah, sederhana dan kuat.
“Kemurungan ni boleh dibahagikan kategori. ada yang tak teruk sangat mild, moderate to severe, selalunya yang cuba bunuh diri ni yang severe dan kita akan bila mereka dimasukkan ke wad kita akan interview balik lah sebab ada yang cuba membunuh diri hanya untuk menarik perhatian contohnya apabila mereka megalami putus cinta kan dia nak mendapatkan perhatian daripada bekas teman lelaki, jadi kadang-kadang bila dimasukkan ke wad kita dapati mereka dah tak ada rasa nak bunuh diri. yang sedemikian kita hanya bagi kauseling dan kalau dia ada deprerssion mungkin kita bagi rawatan ubat-ubatan dan kita bebaskan kepada keluarga.” -Dr Fariza Yahya, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri HRPZ II
Bagaimanapun, menurut dr fariza jika keinginan membunuh diri sangat kuat, pihaknya akan membuat rawatan menggunakan rangsangan elektrik.
Rawatan dalam wad kita bagi contoh kita nak kurangkan perasaan atau keinginan bunuh diri kita bagi rawatan secara elektro kumpulsif terapi atau kita bagi rangsangan otak dengan memberi rangsangan eletrik. dia tak, ramai orang risau kalau sebut ect atau elctro compulsive therapy ianya adalah rangsangan kita bagi kita induce ataupun kita bagi rangsangan elektrik.” -Dr Fariza Yahya, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri HRPZ II
Electro convulsive therapy, e-c-t adalah rawatan rangsangan elektrik di mana ia memberi rangsangan kepada sel-sel dalam otak untuk berfungsi secara normal kembali.
“Seseorang yang mengalami kemurungan yang teruk, terdapat gangguna neuro transmitor dalam otak mereka, so bila kita bagi rangsangan elektrik dia akan memperbetulkan balik atau pun merawat pesakit dengan cepat untuk menghilangkan perasaan keinginan mereka untuk membunuh diri. -Dr Fariza Yahya, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri HRPZ II
Katanya, kaedah rawatan e-c-t adalah pesakit diberikan ubat bius di bilik khas, dan pesakit tidak akan sedar.
Menurutnya rangsangan itu diberikan hanya kurang seminit untuk tiga sesi.
Dr Fariza berkata, rawatan itu adalah paling cepat terutama kepada pesakit yang sangat kuat keinginan mereka untuk membunuh diri
Bagi pesakit yang dirawat di dalam wad, pihaknya akan memastikan mereka sembuh dengan cepat.
Selepas rawatan itu pesakit juga diberikan ubat-ubatan dan temujanji mengikut keadaan pesakit.
Team IMedikel TV juga berkesempatan menemubual dua pesakit di bawah pemantauan doktor akibat tekanan dan cubaan membunuh diri.
dikenali effa, 14, mempunyai sejarah tersendiri apabila dia didera ayahnya sejak kecil.
super: effa, pesakit
sot in:
“dia pukul, kadang-kadang dia cuba nak bunuh, dia selam kepala dalam air, dia cekik. start stress serabut darjah 4 start mengamuk pastu start bakar rumah.
sot out
effa berkata, dia dimasukkan ke hospital disebabkan cubaan membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai.
tetapi, nasibnya baik apabila diselamatkan orang awam dan diserahkan ke balai polis sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
apa yang mengejutkan, apabila effa mengaku mengelar tangannya sebelum ini akibat tekanan dengan kekasihnya berusia 16 tahun yang dikenalinya melalui media sosial.
manakala rina pula dimasukkan ke hospital akibat pengambilan ubat ibunya secara berlebihan.
super: rina, pesakit
sot in:
“sebab serabut, mugo famili ramai hari tu jadi serabut, mikir-mikir. makan ubat ma, ubat kencing manis ko darah tinggi tukar, jadi pening pastu nak tidur.”
sot out
rina berkata, pada malam dia mengambil ubat tersebut, dia juga mengelar tangannya atas alasan serabut dengan keluarga dan kawan-kawan.
super: nik nur zakia abdullah, wartawan
sot in:
“bagi anda di luar sana, yang cenderung untuk bertindak dalam cubaan bunuh diri, fikirlah sedalamnya untuk orang yang anda sayang. duduk dan berbincanglah dengan mereka agar masalah yang anda tanggung dapat diselesaikan dengan cara lebih baik. nik nur zakia abdullah, i medikel tv.”
Imedikel TV