SENI WARISAN WAU PATUT DIKEKALKAN

SENI WARISAN WAU PATUT DIKEKALKAN

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Seni kraf wau adalah satu seni halus yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Seperti yang kita sedia maklum wau adalah satu alat tradisional zaman berzaman dan menjadi budaya masyarakat Cik Siti wan Kembang khususnya.

Bagi menyelami keindahan salah satu simbol kebangsaan Malaysia, Arifah Zainul Aman, 20, dari Johor menghasilkan wau kikik dan bersemangat menerbangkan wau bagi menonjolkan semangat kemerdekaan dalam dirinya.

Katanya wau merupakan khazanah masyarakat Melayu yang tinggi nilainya dan seni budaya warisan turun temurun yang patut dikekalkan, namun semakin hari semakin ditelan zaman.

Arifah Zainul Aman, 20, dari Johor menghasilkan wau kikik dan bersemangat menerbangkan wau bagi menonjolkan semangat kemerdekaan dalam dirinya.

“Generasi muda yang bawah umur daripada saya sekalipun masih ramai yang belum tahu permainan tradisional seperti wau ini jadi kalau kita banyakkan lagi bengkel aktiviti-aktiviti macam ini, sebenarnya sekaligus kita boleh pupuk sikap menghargai warisan tradisional dalam negara kita ini,”katanya.

Dia yang juga seorang pelajar jurusan Pendidikan Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, menyertai bengkel penghasilan wau dan telah menghasilkan skeping wau kikik untuk diterbangkan pada Karnival Kemerdekaan, di sini.

Menurut Arifah, dia mula minat akan warisan budaya itu sebaik sahaja diperkenalkan dengan permainan tradisional wau oleh ayahnya sejak usia kecil lagi.

“Awalnya macam susah penghasilan wau ini tapi sebenarnya senang, senang kerana kalau orang Kelantan kata risik, risik buloh sehingga nipis cuma bila nak bentukkannya agak susah sedikit kerana perlu bagi seimbang untuk memudahkan proses terbangkannya,”katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis Karnival Kemerdekaan di IPG di sini, baru-baru ini.

Katanya, masih ramai yang belum tahu akan wau kikik sebaliknya mereka menganggap wau itu sebagai layang-layang.

Tambahnya, sekiranya wau itu dimainkan secara berkumpulan ia lebih menyeronokkan malah dapat mengekang budaya anti sosial yang dilihat semakin ketara terutama bagi golongan muda.

“Wau kikik antara yang paling mudah untuk buat, bila kita kekalkan permainan tradisional ini sekaligus menjadi tertarik untuk mengenali pelbagai lagi budaya lain di Malaysia ini,”katanya.

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *