KOTA BHARU: “Kita sebagai keluarga ataupun kawan-kawan ataupun rakan-rakan yang kalau kita dapati seseorang itu bercakap tentang bunuh diri atau kita melihat mereka mengalami kemurungan kita galakkan mereka untuk bercakap tentang masalah mereka kerana dengan cara itu kita dapat ketahui bahawa sebenarnya seseorang itu ada keinginan untuk membunuh diri, jadi kita encourage jangan kita tidak memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan isi hati mereka dan apabila kita rasa seseorang itu perlu dapatkan rawatan kita perlu galkkan mereka untuk mendapatkan rawatan. Jadi kita kena peka dengan perubahan perangai ataupun tindak tanduk ahli-ahli keluarga kita yang mungkin ada keinginan untuk membunuh diri kerana selalunya seseorang yang membunuh diri dia akan bercakap sesuatu yang berunsur kematian ataupun dia tiba-tiba meninggalkan wasiat sedangkan dia tak ada penyakit apa-apa.” -DR FARIZA YAHYA, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri HRPZ II