LIMA MAUT GEMPA BUMI KUAT GEGAR MAGHRIBI

LIMA MAUT GEMPA BUMI KUAT GEGAR MAGHRIBI

RABAT: Sekurang-kurang lima dilaporkan maut dalam runtuhan akibat gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud yang melanda tengah Maghribi, lewat malam tadi.

Menurut laporan saluran berita Pan-Arab al-Arabiya yang memetik sumber tempatan tanpa nama, semua mangsa terbabit adalah sekeluarga.

Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harianh, Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, gempa pada kedalaman 18.5 kilometer (km) itu berpusat kira-kira 72km barat daya bandar Marrakesh dan 56km barat bandar Oukaimeden di Pergunungan Atlas.

Kejadian berlaku sejurus selepas jam 11 malam waktu tempatan itu menyebabkan bangunan bergegar serta mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang bergegas keluar dari premis untuk menyelamatkan diri.

Beberapa rakaman video dikongsikan dalam media sosial, yang tidak dapat disahkan Reuters buat masa ini, menunjukkan sekurang-kurang sebuah bangunan roboh dan sisa runtuhan bertaburan di atas jalan.

Ada juga rakaman memaparkan orang ramai bertempiaran lari keluar dari pasar raya, restoran dan bangunan pangsapuri.

Penduduk Marrakesh dilaporkan mendakwa beberapa bangunan runtuh dalam insiden berkenaan. – REUTERS, BH Online –

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *