MANCHESTER UNITED TUMBANG MENENTANG BAYERN MUNICH

MANCHESTER UNITED TUMBANG MENENTANG BAYERN MUNICH

MUNICH: Harry Kane menyempurnakan satu sepakan penalti ketika Bayern Munich mencetus lebih masalah buat Manchester United dengan kemenangan 4-3 pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.-Menurut sumber agensi dari berita harian-

United bertandang ke Jerman selepas persembahan buruk selain masalah di luar padang dan tidak menerima belas kasihan daripada Bayern yang kini menang semua 20 perlawanan pembukaan mereka dalam Liga Juara-Juara.

Ia kekalahan keempat dalam enam perlawanan buat pasukan kendalian Erik ten Hag dalam semua pertandingan musim ini ketika mereka gagal bangkit daripada kekalahan memalukan 3-1 di tangan Brighton di laman sendiri dalam Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu.

Bayern menguasai apabila penjaga gol pelawat Andre Onana gagal menampan dengan baik rembatan lemah Leroy Sane pada minit ke-28 sebelum Serge Gnabry menambah gol kedua.

Rasmus Hojlund membalas satu gol sebelum Kane meledak menerusi sepakan penalti pada awal babak kedua.

Pemain tengah Manchester United, Casemiro menekup mukanya selepas kalah 4-3 di tangan Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara di Munich, awal pagi tadi. – Foto AFP

Jaringan lewat Casemiro memberikan United sedikit harapan untuk melakukan kebangkitan namun pemain gantian Bayern, Mathys Tel merembat masuk gol keempat buat tuan rumah pada masa kecederaan.

Casemiro kemudian menanduk masuk gol saguhati buat United menerusi serangan terakhir pada perlawanan itu.

“Kami hilang tumpuan sedikit bagi tempoh lima minit terakhir,” Kane, yang kini menyumbat lima gol dalam lima perlawanan buat Bayern sejak tiba dari Tottenham, memberitahu TNT Sports.

“Mujurlah kami mampu mempertahankan kedudukan itu. Sering kali hebat untuk menjaringkan gol. Juga masih ada ruang untuk meningkat.”

Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel yang menyaksikan perlawanan dari bangku penonton selepas menerima kad merah dalam pertandingan itu musim lalu berkata, pasukannya “berhak menang.”

“Apa yang penting adalah tiga mata.”

Juara Eropah enam kali Bayern melonjak ke tangga teratas Kumpulan A selepas perlawanan terdahulu menyaksikan Galatasaray seri 2-2 dengan FC Copenhagen di Istanbul.

United berkunjung ke Burnley hujung minggu ini dengan perlawanan kedua Liga Juara-Juara mereka di laman sendiri menentang Galatasaray bulan depan.

The Red Devils kini melepaskan tiga atau lebih gol dalam tiga perlawanan berturut-turut buat kali pertama sejak tahun 1978.

“Apabila anda menjaringkan tiga gol di Bayern, anda patut meraih sekurang-kurangnya satu mata,” kata pengurus United, Ten Hag.

“Kami berada dalam tempoh yang mana banyak perkara tidak memihak kami – tetapi kami harus memperbaiki nasib kami sendiri.” – AFP

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *